Assalamualaikum w.b.t..
Sudah lama rasanya meninggalkan blog yang sudah bersarang ini. Terasa kekok untuk menulis.
Memandangkan semua kawan-kawan terutamanya PH210 Rx6 sedang bergembira kerana mendapat keputusan peperiksaan semester 8 yang cemerlang, hati ini terus memanjatkan kesyukuran ke hadratMu Ilahi kerana aku jua tergolong di kalangan orang-orang yang gembira itu.
Syukur Ya Allah, akhirnya setelah mengaharungi pelbagai dugaan dan cabaran untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) selama 8 semester, akhirnya aku dan kawan2 boleh tersenyum lebar dengan kejayaan ini. Tahniah kepada kawan2 yang berjaya menghabiskan belajar on time. Kepada kawan2 yang masih meneruskn intersesi, aku doakan moga kalian dipermudahkan oleh Allah untuk menjawab paper hari rabu ini dengan hati yang tenang.
Hati mana yang tak gundah, hati mana yang tak risau, hati mana yang boleh tenang apabila keputusan peperiksaan akhir semeter 8 bakal diumumkan hari ini. Dan alhamdulillah,sekali lagi dipermudahkan oleh Allah, result telah diemelkan ke emel setiap pelajar dan kami tidak perlu lagi untuk bersesak-sesak masuk ke student portal semata-mata untuk mengetahui hasil kami setelah berpenat lelah untuk menduduki peperiksaan tersebut.
Syukur ke hadrat Allah, aku telah mendapat keputusan yang baik. Walaupun tidak setanding dengan kwan2 yang lain, aku bersyukur kerana aku akhirnya lulus semua papers. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tahniah jua kepada kalian kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Siapa yang tidak berkeinginan untuk mendapat Anugerah Dekan?Bohong sekiranya hati mengatakan tidak jeles tengok kawan2 yang bergembira dengan anugerah akademik yang mereka miliki. Tapi, bersyukur, bersyukur, bersyukur dengan keputusan yang telah kita perolehi.
Siapa yang tidak bergembira setelah bertungkus lumus selama 8 semester, akhirnya pada semester terakhir dia mendapat keputusan yang paling cemerlang. berbaloi kan?Tahniah kepada kawan sekelas aku merangkap kawan PBL, merangkap kawan hospital, merangkap kawan kepada kawan (hahaha), Fathi kerana mendapat Anugerah Dekan untuk semester yang terakhir. Dan untuk kesekian kali jua, ak bersyukur kerana aku lulus untuk sumer papers semenjak semester 1 sehingga 8 walaupun pelbagai tekanan yang melanda. Tidak pernah menghadiri kuliah intersesi dan akhirnya aku grad on time.Dan sesungguhnya aku sangat2 berterima kasih kepada Nor Izni Sajidah yang merupakan kawan sewaktu peneman minggu ulangkaji. MasyaAllah, buat pertama kali aku menjumpai seorang insan yang sangat2 baik hati, susah untuk mengeluarkan perkataan "tidak" dari bibirnya. Setiap pertolongan yang diminta, dia kan berusaha sedaya upaya untuk menolong. Betapa luhurnya hatimu Izni, dan moga Allah swt merahmati kamu. Amin
Petang tadi aku menerima mesej dari supervisor untuk research sewaktu semester 6 & 7 . Oh rupanya En meor masih mengambil berat pelajar2 di bawah pengawasan beliau. Terharu dengan kebaikan En Meor.
"Azeta, keputusan macam mana? U lulus semua ke? "
"En meor, saya ada hantar emel dekat en meor tengahari tadi. En Meor tak sempat baca ye. Alhamdulillah semester ini saya dapat bla bla bla. semua lulus. Amin. Akhirnya saya sudah tamat bergelar graduan farmasi. Terima kasih untuk sokongan en meor"
"Saya tak ada dekat office. melawat student praktikal. Tahniah akhirnya azeta grad on time dengan cemerlang. InsyaAllah kita konvo sama2 nanti"
Sedar tak sedar en meor dah habiskan master beliau rupanya..Tahniah en meor!
Tiba-tiba muka aku tersenyum lebar mengingati saat dimarahi oleh en meor ketika waktu research dulu. Serius teruk. Tak percaya tanya kawan2 1 lab waktu research dulu, Izni, Raihanah, Shahnaz dan Mima. Diorang pun tak percaya tahap kemarahan en meor maksimum macam tu. Ape2 pun, aku bangga mendapat en meor sebagai supervisor. Banyak nasihat dan pengalaman yang aku perolehi dari beliau..
Ok la, tahniah sekali lagi kepada kawan2, dan dengan ini aku akhirnya bergraduasi dengan second class (upper)..Hehehe.tak ada rezeki untuk mencapai first class. Ape-ape pun, syukur Alhamdulillah
Sekian..bye2 =)