Saturday, December 18, 2010

~Penang~

18th Dec 2010 (sabtu)~hari ke 7 kat penang
 

Evergreen Laurel Hotel  >_<


Dah seminggu bercuti kat penang.Kalau bukan sebab teman kakak kursus kat citibank penang for 2 weeks,ak mayb tak berpeluang nak datang sini.Awal2 best sebab before dis tak pernah duk hotel mahal..hahaha.mane la mampu nak tinggal 12 nights kat hotel mahal.Pernah dulu femli ak datang KL,kakak sewa hotel murah2 jer.save budget!=) Dah cukup seminggu,boring tahap gabang.hak3!


Ni la paling kurang jadual ak hari2 kat penang:


6.30-Solat subuh, then tido balik..hahaha

8.30-Gosok gigi,basuh muka,nk mandi mustahil la..pastu siapkan breakfast tuk kakak.Biase bt air milo 3 in 1.Buat roti kaya kat kakak.Baju kakak ak dah iron waktu malam lagi..good maid! 

8.50-Aku ngn kak la (peneman setia aku) g anta kakak kat citibank.dekat jer.kalo jalan tak jam lebih kurang 10 mins dah sampai.

9.10-Balik hotel ak sambung tido balik..hahaha.dahsyat!memeng ak antu tido..

12.00-Maser nih kalo ak rajen,ak dah mandi.Pasai aper??Pasai ak duk tunggu abg ensem dtg tekan loceng nak check mini bar..hehehe..Cakap omputih yg ak tak tahan tu.ak paham die tanya ape,nak jwb balek tu ak tak reti..ha3.bile ak nampak muka dia kat pintu ak mesti cakap "everything is ok".tu je la ak reti balas!hak3..yg ak tak tahan carlsberg kat dlm mini bar tu.bnda tu tak boley nk keluarkan,nnti die caj.haih..kena biaq je la kat dlm mini bar tu!Tapi abang tu senyum memang kacak lah..ad lesung pipit lagik.murah dgn senyuman.skali ak terkeluar cakap melayu.die rancak balas kok melayu.lorrr,reti cakap melayu ke??kalo ak taw,awal2 lagi ak bedal ckp melayu.xdela berbelit2 lidah ak cakap omputih..ha3

2.00-waktu ni biase cleaner plak tekan loceng.keja die ganti cadar.kasi epal 3 biji,sweets,nescaffe n brg2 kat toilet.pernah sekali ak gtaw cleaner yang ak nak baldi.speaking punyer speaking rupanyer die tak paham ak ckp ape..adoii!padah betul biler x reti cakap omputih nih.pastu ak g beli sendiri baldi kecik kat giant.tak reti ak nak guna toilet yg terlampau canggih.hehehe


2.30-waktu ni biase ak keluar ngn kak ak yg jd peneman tu.cari makan n g jenjalan kat batu feringgi,Queensbay mall,KOMTAR,Penang Plaza,Terminal Feri,Plaza Gurney..amek2 gambar then balik.


7.00-amek kakak kat citibank then balik hotel smayang maghrib.pastu kuar cari makan kat sekitar penang.betul la org kate kat penang syurga makanan especially tuk org cina.org melayu ad jer kedai makan.kebanyakannye kedai mamak.pernah sekali jer ak makan kedai mamak kat cni,pastu something happen yg membuatkan ak da psycho nk makan kedai mamak lg..hahaha.kakak2 ak juga mengalami insiden yg same sepertiku =)


Balik makan malam,mula la start blogwalking n fesbuk.download itu n ini..plan nak khatam bacer realiti konspirasi zackzukhairi ni.ak suka bace blog die pasai sempoi jer ape yg die citer kat dalam tuh..kena dgn jiwa ak..boley wat pedoman di kemudian hari.hehehe


Ak sudah mau tido.igtkan esok nk g pesta pulau pinang n nak cari tempat2 yg best tuk dilawati.lagipun kakak tak keja esok.so,boley oliday puas2.petang tadi pom ramai guests check-in.bersesak kat lif..nk celebrate krismas la kot..=)


papai >_<

Monday, December 6, 2010

Tak mungkin berulang..

Pagi ini ak bangun awal.Tapi semalam tido lewat.biase la tgk tv.tv n tv lg.sampai abes siaran pum xnk berganjak lg dr depan tv.tambah plak astro ni suka bt siaran ulangan, maka ak pum dgn bangganya duk ulang tgk citer yg same. kalu pg da tgk awan dania,mlm pum still tgk lg.kalu pg tgk AC di sini,mlm ak lyn plak.ak pum pelik jgk dgn perangai PELIK ak nih...hehehe..ni la habit org y suka membazir maser.

Masa itu Emas means “Time is Gold”, as time is a scarce in everyone life, time is a very important asset in everybody life.
Tak insaf lg ke??
hehehe..tersengih2 ak mcm kerang busuk!hak3







Baru tertusuk jiwa bacer surah ni..>-<

Pagi ini mcm biase mak kejut semayang subuh,tapi disebabkan tido tersangat lambat malam semalam,ak liat giler nak bangun!ak semayang subuh dalam keadaan yg sangat mengantuk..adoii
and,something yang mengejutkan ak ialah .............................

tak boleh nak proceed, 
tp ak janji dgn diri ak sendiri yang kisah ni tak akan berulang lagi
NEVER!




Tuesday, November 2, 2010

Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stoking warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



wasalam………………….

Sunday, August 29, 2010

Motivasi untuk diri sendiri yg sentiasa alpa =)

I'm come back!maser tengah susah hati mesti terpikir nk jenguk blog sendiri..haih..

rite now.. ak rindu giler nk balik kampung!sjak mendaftar sem baru (sem 7) ak x pernah balik kampung lg..almost 3 months!Ya Allah lamer tu..

Org kate biler nk blik kg lg bersemangat nk blaja,,btul ke??tp ak raser ak lg malas..td pom maser kak la & kak tikah anta ak balik puncak, ak asyik tido jer lam keta..diorang kejut maser da duk dpn pintu umah sewa da!teruknyer ak raser..nape la ak jd pemalas..mls nk mandi,mlas nk blaja..dr umah kakak ak td, ak x mandi pom..bgun tido, basuh muka n then sambong tido blik lam keta..apehal ak ni???dahla sahur 2 org kakak ak y bgun masak.diorang kejut ak pom just suruh bgun mkn jer..baeknyer ati kakak-kakakku..tp adik die still mlas..

sampai2 umah sewa,ak terus basuh kain n then mandi.pastu nk g post moto balik kg gna skynate tp kedai tutup plak..ok fine!ak g esok jela..huhu

balik umah sewa balik ak tekad nk start study..ad 3 test kot mggu ni..tp ak still relax..dalam ati ak kate "lantak la abes ke x study, ak malas nk pk da"..tp ak mmg slalu x abes pom bacer notes..lps test mesti mnyesal n kate "klau la ak bacer part 2,msti ak bley jwb..huhu..msti teruk markah ak t!malu!malu!malu!"..

wei taa!nk malu bt per??dah ko malas nk study..nk salahkn sape wei!!padan muka..

ak ni mmg susah nk insaf la..ego!kakak ak anta jauh dr kl,femli kt kg pom igt ak tekun menuntut pelajaran kt cni,tp ak maen2 plak..dah ad moto,nk keta..so, kakak ak bg pinjam keta..die kate senang ak nk bt research kat lab..sumer benda kakak ak consider sbb die suh study betul2..xyah pikir benda laen..tp ak kat cni???malas tahap cimpanzi..hahaha...ape tu??whatever la!ape nak jadi ni taa wei!berpandangan jauh la ckit taa...dun act like a kid!dulu time sek rendah bley la maen2..skrg da jd student u..da final yr plak tu, x lamer lg nk keja, tp blaja mlas..nape ak MALAS,MALAS,MALAS??..duk kt bilik byk wasting time..buka youtube,tgk itu,tgk ini,bka fb berjam2..buku mmg tolak ke tepi terus la!haih..

Ya Allah,bagila petunjuk kpd hambaMu y alpa ini..
Jom start study taa!slow2 x per at least semangat tu dah ad..hahahaha...
nk 2gu solat zohor lu..azan da nk masuk kejap jer lg..mengaji quran n then bley start sudy =)
jom samer2 menuntut ilmu..moga kite sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT..
amin.........................>.<





Saturday, July 31, 2010

aku sedar siapa aku..

lamer benor rase x jenguk kat blog sendiri..aku memang tak dilahirkan untuk berkarier..masyaAllah ape ak cakap ni??still tak bersyukur lagi dengan dengan ape yang ak peroleh sekarang..aku memang jenis yang keras kepala and asyik nak salahkan orang len..kesalahan diri sendiri ak tak sedar...itulah diri aku.

sejak dua menjak ni,ak diuji dengan banyak dugaan..Ya Allah..kuatkanlah hati hambaMu ini yang sememangnya rapuh.. hati sangat mudah terasa, rutin harian tunggang langgang..may b terlampau busy sem ni yg buat ak jadik camni..tp nape ak tak kuat??orang laen boleh nape aku nk mengalah..ak sedar siapa aku, aku kena hidup berdikari!aku x boleh bergantung kt femli..femli ak jauh,takkan la small matter pum nak give up..pliz la ta..da umur 22 taun da..takkan nak jadik perangai cam budak umur 6 taun..be matured ok!

sbnarnyer ak da raser down pasal keja banyak sangat..chayyok2 ta!bersemangat ckit..buat setakat termampu..ingat pengorbanan femli..da final year da..!kna la lagi bersemangat..jgn maen2..nak enjoy tak salah, tapi blaja tetap blaja..

Ya Allah..kuatkanlah hati hambaMu ini..bantulah ak untuk menimba ilmu yang bermanfaat..ak ikhlas menuntut ilmu keranaMu Ya Allah...aminn

Wednesday, June 23, 2010

malu lorhhh...

hehe...1st time nk tulis sumething kt cni raser kekok gler..x taw nk tulis per.. xtaw nk biasekn name ngn ape..saya ke,aku ke or x pggl ape2..ha3.pk nyer pk,biasekn ngn aq jer la..just nk share camner bley teruja nk join bt blog nih cam kwn2 len jgk..xcely aq suker bacer blog member2..wah!siyesly aq trtarik..nk dijadikn citer,ari ni (23/6/2010),ak terbacer 1 blog kakak kpd sorang kwn aq ni (x bley mention kt cni)..huhu..Ya Allah!tersentuh giler raser biler die citer kt blog 2 sal pyakit y die ngah hadapi skrg..hanya owg y bacer blog die jer y taw betapa deritanya die..tp sengsara y die hadapi cm terubat biler die luah kt blog 2..dlm ati aq sentiasa terpikir betapa tabahnyer die mlalui liku2 idup nih..pas 2,aq muhasabah diri sndiri supaya mnsyukuri nikmat ksihatan y dikurniakan Allah sekarang..after bacer blog die,aq terdetik nk ad blog sndiri n tlis per2 jer tuk ilangkn masalah y membelenggu aq..n my bestfwen NURUL SHAFAWATI BT GHAZALI pom tulun la ajr..aq kn bdk bru blajar..hehe..memang sebelum ni die selalu kate "taa,bt la blog..sha pom bru blaja jgk..jom la taa!"hehe..shapa bdk busuk mmg la pndai pujuk-memujuk orang nih..hehe..she is my best best best n bestest fwen dat i have in dis world..tq my sis for ur support!my fwen y laen2 pum aq sayang jgk!daboo, nini,salmah,pipa,mc na, mc t,dhiah,uyu,deq ja,zati,bie n len2!sorry la 4 those dat i had not mention here..ramai sgt!hehe..miss u al damn much!!!!!
papai....