Friday, October 28, 2011

Life Quote

I might not be someone's first choice,
     but I am a great choice..

I don't pretend to be someone i'm not,
     because i'm good at being me..

I might not be proud of some of the things I've done in the past,
     but i'm proud of who i am today.

I may not be perfect,
     but I don't need to be.

Take me as I am...OR
Watch me as I walk away... 

Friday, June 17, 2011

Syukur alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t..




Sudah lama rasanya meninggalkan blog yang sudah bersarang ini. Terasa kekok untuk menulis.
Memandangkan semua kawan-kawan terutamanya PH210 Rx6 sedang bergembira kerana mendapat keputusan peperiksaan semester 8 yang cemerlang, hati ini terus memanjatkan kesyukuran ke hadratMu Ilahi kerana aku jua tergolong di kalangan orang-orang yang gembira itu.

Syukur Ya Allah, akhirnya setelah mengaharungi pelbagai dugaan dan cabaran untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) selama 8 semester, akhirnya aku dan kawan2 boleh tersenyum lebar dengan kejayaan ini. Tahniah kepada kawan2 yang berjaya menghabiskan belajar on time. Kepada kawan2 yang masih meneruskn intersesi, aku doakan moga kalian dipermudahkan oleh Allah untuk menjawab paper hari rabu ini dengan hati yang tenang.


Hati mana yang tak gundah, hati mana yang tak risau, hati mana yang boleh tenang apabila keputusan peperiksaan akhir semeter 8 bakal diumumkan hari ini. Dan alhamdulillah,sekali lagi dipermudahkan oleh Allah, result telah diemelkan ke emel setiap pelajar dan kami tidak perlu lagi untuk bersesak-sesak masuk ke student portal semata-mata untuk mengetahui hasil kami setelah berpenat lelah untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Syukur ke hadrat Allah, aku telah mendapat keputusan yang baik. Walaupun tidak setanding dengan kwan2 yang lain, aku bersyukur kerana aku akhirnya lulus semua papers. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tahniah jua kepada kalian kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Siapa yang tidak berkeinginan untuk mendapat Anugerah Dekan?Bohong sekiranya hati mengatakan tidak jeles tengok kawan2 yang bergembira dengan anugerah akademik yang mereka miliki. Tapi, bersyukur, bersyukur, bersyukur dengan keputusan yang telah kita perolehi.

Siapa yang tidak bergembira setelah bertungkus lumus selama 8 semester, akhirnya pada semester terakhir dia mendapat keputusan yang paling cemerlang. berbaloi kan?Tahniah kepada kawan sekelas aku merangkap kawan PBL, merangkap kawan hospital, merangkap kawan kepada kawan (hahaha), Fathi kerana mendapat Anugerah Dekan untuk semester yang terakhir. Dan untuk kesekian kali jua, ak bersyukur kerana aku lulus untuk sumer papers semenjak semester 1 sehingga 8 walaupun pelbagai tekanan yang melanda. Tidak pernah menghadiri kuliah intersesi dan akhirnya aku grad on time.Dan sesungguhnya aku sangat2 berterima kasih kepada Nor Izni Sajidah yang merupakan kawan sewaktu peneman minggu ulangkaji. MasyaAllah, buat pertama kali aku menjumpai seorang insan yang sangat2 baik hati, susah untuk mengeluarkan perkataan "tidak" dari bibirnya. Setiap pertolongan yang diminta, dia kan berusaha sedaya upaya untuk menolong. Betapa luhurnya hatimu Izni, dan moga Allah swt merahmati kamu. Amin

Petang tadi aku menerima mesej dari supervisor untuk research sewaktu semester 6 & 7 . Oh rupanya En meor masih mengambil berat pelajar2 di bawah pengawasan beliau. Terharu dengan kebaikan En Meor.


"Azeta, keputusan macam mana? U lulus semua ke? "

"En meor, saya ada hantar emel dekat en meor tengahari tadi. En Meor tak sempat baca ye. Alhamdulillah semester ini saya dapat bla bla bla. semua lulus. Amin. Akhirnya saya sudah tamat bergelar graduan farmasi. Terima kasih untuk sokongan en meor"

"Saya tak ada dekat office. melawat student praktikal. Tahniah akhirnya azeta grad on time dengan cemerlang. InsyaAllah kita konvo sama2 nanti"

Sedar tak sedar en meor dah habiskan master beliau rupanya..Tahniah en meor!

Tiba-tiba muka aku tersenyum lebar mengingati saat dimarahi oleh en meor ketika waktu research dulu. Serius teruk. Tak percaya tanya kawan2 1 lab waktu research dulu, Izni, Raihanah, Shahnaz dan Mima. Diorang pun tak percaya tahap kemarahan en meor maksimum macam tu. Ape2 pun, aku bangga mendapat en meor sebagai supervisor. Banyak nasihat dan pengalaman yang aku perolehi dari beliau..

Ok la, tahniah sekali lagi kepada kawan2, dan dengan ini aku akhirnya bergraduasi dengan second class (upper)..Hehehe.tak ada rezeki untuk mencapai first class. Ape-ape pun, syukur Alhamdulillah

Sekian..bye2 =)

Wednesday, January 12, 2011

SpEciAL eNtRy Utk WEA

Bismillahirrahmanirrahim

Semester 8 baru seminggu berlalu.Tetapi dah lama rasa pasal asyik teringat kat femli dekat kampung,especially mak and my bro yg paling close dgn aku,WEA.Memandangkan die akan melapor diri di PULAPOL MUAR 13 jan, mak ad buat sedikit solat hajat ajak beberapa orang kampung datang rumah.Aku tak balik,yang balik cuma KAK TIKAH.Kebetulan akak dapat cuti.

Sejak semalam asyik terfikir dkt WEA ni.Aku tak biasakan die abang maybe sebab jarak umur kami tak jauh.dah biasa panggil WEA.Paling kelakar dalam femli kami,dan memang tak salah kalo aku ckp die paling disayangi even aku yg paling bongsu.JELES TAK JELES okay :p 


Wea
*sori wea.ak tak mtk izin mg amek pic ni.ak amek kat fb je.

Nama:Azzuan Abdullah (aka WEA)

DOB:20 December 1985

UPSR:die kate tak macho dpt result tinggi2

PMR:musim bulan sabit die kate

SPM:org laen da amek A,so tinggal yg hujung2 jer kat die

POLITEKNIK:aku jdik guru tuisyen tuk papers yg di repeat ..hahaha

Tak dapat dinafikan dlm femli kami die terkebelakang sedikit.Maksud aku dr segi akademik.mak ak kate sebab dilahirkan dekat2 hujung tahun.tapi ak rase takde kaitan pun.hahaha.mak saja melawak.Tapi perangai die not bad.dilahirkan memang sebagai pelawak,penyeri keluarga kami,disayangi semua orang.kalau die takde dekat rumah,rumah jadi sunyi sebab die yg biasa start bercakap n tak henti2.suara lantang.cakap takyah guna speaker,jiran sebelah pum boley dgr.nyanyi tak payah pakai mikrofon,jiran sebelah pum bley duet jauh2.

And the most important thing,he is non smoker.All my bros are smoke, tapi tak tahu macam mane die tak terpengaruh.satu anugerah Allah swt utk die. Kapel pulak dengan budak sekolah sebelah kampung.lebih kurang 5 tahun beza.and i can say that he is not mature enough!(tiba2 tak puas hati,hahaha)

Masa sekolah menengah,ak sempat belajar 1 sekolah dgn die.waktu ak form 2,die form 5.Super senior la tu kirenye.so,otai lebih2 la sebab diorang paling tua.ak duk kelas no 1,die duk kelas 5 out of 9 kalo tak silap.kelas aku 2 BESTARI 1,die duk kls DEDIKASI.kalau aku dapt anugerah pelajar bestari (dolu2,ak rajen kan,hahaha),die ada la dapat anugerah pelajar yg melanggar displin yg kecik2,contohnya kasut kotor (memang tak dinafikan die tak suke basuh kasut,tiap2 minggu die letak kapur jer).suke meniru waktu exam (suke bwk nota dlm poket).Masalah yg berat2 mcm smoking die tak pernah bt la pasal die memang tak merokok.

Awal2 persekolahan,ak membonceng motor dengan die pergi sekolah.Waktu tu die pakai motor rxz.bertungkus lumus ABE DIE cari moto murah2.kalo tak ada moto tak nak g sekolah.perangai waktu zaman remaja memang camtu.kalo boleh nak tunjuk kat kawan2 die yg dia ad moto.hahaha.belaja malas.gi sekolah nak maen2.apedaaa....

cth jer ni...moto WEA da lame jual da.ha3

Since dia jarang2 g sekolah,ak pom decide nak naek bas.So,xde bergantung kat die sgt.kalo die ponteng xde la ak ponteng jgk.ak ni  jenis bdk BAEK.die ni jenis mls g sekolah..=)

Ni nak citer mase WEA kat politeknik.WEA blaja kat POLITEKNIK KOK LANAS,KOTA BHARU.ulang alik ngn moto.tp disebabkan jauh,sem 2 die duk umah sewa ngn kawan2 die.tp duk umah sewa pom,die balik hari2 jgk kat umah.die kate nak makan banyak2 yg mak masak,kat kedai makan mahal.padahal die xde duit.duit PTPTN die x cukup sangat.dpt duit,modifed moto.mane nak cukup.since aku ni jenis berjimat ngn duit biasiswa,ak tulun la die tiap2 sem.die kate nak hutang.pastu buat2 lupa.ha3..xper ak ni jenis adik yg kisah tak kisah sangat.baek kan?:p

Malang tak berbau,WEA pernah eksiden dalam perjalanan balik dari poli.masuk hospital tanah merah.gusi kena jahit sebab severe bleeding.naseb baek gigi tak patah.kalo tak,tak pasal2 kena pinjam gigi lembu.hak3..lepas eksiden,KAK LA kasi pinjam keta die since takut jadik benda buruk lagi..ak duk kat u jalan kaki je kot pegi kelas.ni satu lg kes tak puas hati.tp JELES TAK JELES sgt ok!

WEA-->adik sayang ko mg walaupun kite selalu gado2.tp ak selalu mengalah.BAEK giler kan ak??sebab ak tahu die seorang yg mcm mane..gado2 dengan die,waktu susah,die jgk yang tulun ak.seingat aku,waktu nak post moto ke uitm puncak alam,die sanggup g redah hujan.balik demam.TANAH MERAH ke KOTA BHARU jauh kot dgn naek moto dalam hujan.lebiu la!hik3

WEA-->training molek2 deh kat pulapol tu.nati financial dah stabil,kite tunaikan gapo hok kito planning tuk femli deh.insyAllah maser tu aku pom da keje.kite samer 2 bley bantu KAK LA,KAK TIKAH,ABE DIE n MEK.kena ingat la jasa diorang.jange jadik KACANG LUPAKAN KULIT pulak..

 >-<